Hasil karya kitab dan penulisan Sabran Asmawi

Kitab at-Tareq ila-Allah Karangan Allahyarham Tuan Guru Dato Paduka Indera Haji Muhammad Saman Kati

Pada ketika hendak menduduki ujian mendapatkan tauliah kerajaan Negeri Perak di awal tahun 1970an, Allahyarham TG berusaha dengan tekun membuat rujukan dan semakan dari beberapa buah kitab yang muktabar dalam ilmu Tauhid (Arab: توحيد), Fiqah (Arab: ﻓﻘﻪ), Tasawuf (Arab: ﺗﺼﻮف), Hadis (Arab: الحديث); , Tafsir, Tajwid (Arab: تجويد) dan Sejarah. Sama ada kitab-kitab Arab dan Jawi. Di antaranya yang menjadi rujukan terpenting adalah:

  1. Kitab-Kitab Tafsir seperti al-Khazin (اﻟﺨﺎﺯﻳﻦ), Ibnu Kathir (اﺑﻦ ﻛﺚﻴﺮ), al-Jalallain (اﻟﺠﻠاﻟﻳﻦ), Nurul Ehsan (ﻧﻮراﻟإﺣﺴﺎن), al-Tabari (اﻟﻄﺒﺮي), al-Qurtubi (اﻟﻔﺮﻃﺒﻲ), Jamal (ﺟﻤﻞ), Tafsir Al-Quran al-Hakim (اﻟﻘﺮآناﻟﺤﻜﻴﻢ) dan lain-lain
  2. Kitab-Kitab Hadis oleh perawi-perawi seperti Sohih Bukhari (ﺻﺤﻴﺢ اﻟﺒﺨﺎري), Sohih Muslim (ﺻﺤﻴﺢ ﻤﺴﻠﻢ), Imam Ahmad (اﻟﺎﻣﺎم اﺣﻤﺪ), at-Thobrani (اﻟﻂﺐﺮاﻧﻲ), an-Nasa'i (اﻟﻨﺴﺎءي), al-Hakim (اﻟﺤﻜﻢ), al-Baihaqi (اﻟﺐﻴﻬﻘﻲ), Abu Mansur ad-Dailami (اﺑﻮﻣﻨﺼﻮﺭ اﻟﺪﻳﻟﻤﻲ), (Sunan Abu Daud (ﺳﻧﻦ اﺑﻲداود), Sunan Ibnu Majah (ﺳﻧﻦ اﺑﻦاﻟﻤﺎﺟﻪ), Sunan at-Tirmizi (ﺳﻧﻦ اﻟﺜﺮﻤﺬي), Bahrul Mazi (ﺑﺤﺮاﻟﻣﺎذي), Riadhus Solihin (اﻟﺮﻳﺎض اﻟﺼﺎﻟﺤﻴﻦ), Ainul Ma'bud (ﻋﻮن اﻟﻤﻌﺒﻮد) dan lain-lain.
  3. Kitab-Kitab Tauhid seperti Akidatun Najin (ﻋﻔﻴﺪه اﻟﻧﺎﺟﻴﻦ) Sirajul Huda (ﺳﺮاج اﻟﻬﺪي) ad-Durr an-Nafis (اﻟﺩراﻟﻨﻔﻴﺲ), ad-Durr an-Thamin (اﻟﺩراﻟﺖﻤﻴﻦ) dan lain-lain.
  4. Kitab-Kitab Fiqah seperti al-Umm (الاوم), Tuhfah (ﺛﺤﻔﻪ), Nihayah (اﻟﻧﻬﺎﻳﻪ), Fat-h al-Wahhab (ﻓﺜﺢ اﻟﻮﻫﺐ), Fat-h al-Mu'in (ﻓﺘﺢاﻟﻤﻌﻴﻦ), Mughni al-Muhtaj (اﻟﻤﻨﻲاﻟﻤﺤﺜﺎج), Bughyatu al-Thullab (ﺑﻐﻴﻪاﻟﻄﻠﺎب), Sabil al-Muhtadin li at-Tafaqquhi fi Amri ad-Din (ﺳﺒﻴﻞاﻟﻤﻬﺘﺪﻳﻦﻟﻠﺘﻔﻘﻪﻓﻲاﻣﺮاﻟﺪﻳﻦ), al-Iqna' (الاﻗﻨﺎء), I'anatu-at-tolibin (إﻋﺎﻧﻪ اﻟﻂﺎﻟﺒﻳﻦ), Matl'ail Badrin (ﻣﻄﻠﻊاﻟﺒﺪرﻳﻦوﻣﺠﻣﻊاﻟﺠﺮﻳﻦ), Bulugh al-Maram (ﺑﻮﻟﻎاﻟﻤﺎرم), Muniatul Mushalli (ﻣﻨﻴﻪاﻟﻣﺼﻠﻲ), Jauhar al-Mauhub (اﻟﺠﻮﻫﺮاﻟﻤﻮﻫﻮبوﻣﻨﺒﻬﺎتاﻟﻔﻠﻮب), Kashful-litham (ﻛﺸﻒ اﻟﺖﻢ) dan lain-lain.
  5. Kitab-Kitab Tasawwuf seperti Ehya' Ulumiddin (إﺣﻴﺎءﻋﻟﻣﺪﻳﻦ), Hikam (ﺣﻛم), Minhajul-'abidin (ﻣﻨﻬﺎج اﻟﻌﺎﺑﺪﻳﻦ), Bidayah al-Hidayah (ﺑﺪاﻳﻪاﻟﻬﺪاﻳﻪ) Siyarus-salikun (ﺳﻴﺮاﻟﺴﺎﻟﻜﻴﻦ) Penawar Bagi Hati (ﻓﻨﺎورﺑﺎﻛﻲﻫﺎﺛﻲ), Hidayatul Mutafakkirin (ﻫﺪاﻳﻪاﻟﻤﺘﻔﻜﺮﻳﻦ), Salam al-Mubtadi (ﺳﻟﻢاﻟﻤﺒﺘﺩي), At-tariq iIlallah (اﻟﻄﺮﻳﻖإﻟﻲأﻟﻠﻪ) dan lain-lain.

Demi untuk memudahkan rujukkan dan semakan semula dalam proses pembelajaran serta hafalan, Allahyarham TG telah menghimpunkan ringkasan, nota-nota serta huraiannya di dalam beberapa buah buku, kitab dan risalah-risalah kecil. Penulisan adalah dalam bentuk Soal Jawab Agama ini berjaya diselesaikan.

Selain daripada itu, Allahyarham TG juga sempat menyiapkan beberapa catatan ringkas seperti Kaifiyat Tareqat Mujaddidiyah as-Sammaniyah an-Naqsyabandiyah[10] (ﻛﻳﻔﻴﻪ ﻃﺮﻳﻘﻪ اﻟﻤﺠﺪدﻳﻪ اﻟﺴﻤﺎﻧﻳﻪ اﻟﻨﻘﺸﺒﻨﺪﻳﻪ) dan Teknik Berkhutbah dan Tuntutan Persekitarannya. Namun buat masa ini, walaupun ia telah dibukukan, tetapi belum disalin semula atau dicetak dengan sempurna. Ia masih kekal di dalam bentuk asal tulisan tangan. Koleksi kitab-kitab ini masih tersimpan dengan baik di rumah kediaman Allahyarham TG di Bagan Serai Negeri Perak.

Di lewat usia, Allahyarham TG juga aktif untuk melakukan kerja-kerja menterjemah beberapa buah kitab Arab kepada Bahasa Melayu dan “penambah-baikkan bahasa” ke atas beberapa buah kitab Melayu di antaranya kitab Iidohul Bab (إﻳﻀﺎح اﻟﺑﺎب). Kebanyakkan dari kitab-kitab ini, yang mempunyai percampuran gaya bahasa klasik Melayu lama, Banjar dan Arab akan disalin, kemudiannya dihuraikan mengikut lenggok dan gaya bahasa Melayu moden yang sudah tentu mampu memberi banyak manafaat kepada generasi akan datang. Usaha ini dilakukan dengan bantuan dan kerjasama pihak Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Perak di bawah naungan YBhg. Dato' Haji Harussani Zakaria Mufti Kerajaan Negeri Perak . Beberapa sessi pertemuan dan perbincangan serta seminar di adakan bagi tujuan ini, di sepanjang tahun 2006 yang biasanya di adakan di Pulau Pangkor Perak. Hasil daripada usaha ini pasti bakal menjadi pedoman, panduan, rujukan terpenting umat Islam generasi akan datang.

Allahyarham TG juga amat gemar mengumpul dan meyimpan koleksi kitab-kitab lama terutamanya karangan al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah bin Syeikh Wan Idris (اﻟﺸﺦ وﺍن ﺩﺍوﺩ اﻟﻔﻂﺎﻧﻲ رﺣﻤﻪاﻟﻠﻪ ﺛﻌﻠﻲ) (juga dikatakan Wan Senik) al-Fatani atau Tok Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani[11] di antaranya seperti Bughyatu al-Thullab (ﺑﻐﻴﻪاﻟﻄﻠﺎب). Ini adalah kerana Tok Syeikh Daud al-Fathani adalah merupakan guru bagi semua ulama' nusantara bahkan termasuk di dalam salasilah ahli Tareqat Mujaddidiyah as-Sammaniyah an-Naqsyabandiyah seperti yang tercatat di dalam Kaifiyat amalan zikirnya (ﻛﻳﻔﻴﻪ ﻃﺮﻳﻘﻪ اﻟﻤﺠﺪدﻳﻪ اﻟﺴﻤﺎﻧﻳﻪ اﻟﻨﻘﺸﺒﻨﺪﻳﻪ). Juga selain daripada meninggalkan ramai murid yang terkenal, kitab-kitab karya beliau (Tok Syeikh Daud al-Fathani) juga sangat terkenal di seluruh alam Melayu, bahkan masih digunakan dan dijadikan rujukan sehingga kini.

Rujukan

WikiPedia: Sabran Asmawi http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?n... http://www.mail-archive.com/harakahdaily@yahoogrou... http://www.ijn.com.my http://www.karyanet.com.my/knet/ebook/preview/p_Ma... http://www.pilihanraya.com.my http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2005&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://mufti.penang.gov.my/ahlijawatankuasa.htm